02 January 2015

10 langkah penyusuan ibu yang berjaya


10 langkah telah dibentangkan pada 1989 sebagai Kenyataan Bersama WHO/ UNICEF dalam usaha Perlindungan. Promosi dan Sokongan Penyusuan Ibu: Suatu peranan istimewa dalam Perkhidmatan Perbidanan. Deklarasi Innocenti pada 1990 itu, menyeru dunia untuk melaksanakan Sepuluh Langkah ini secara menyeluruh di semua agensi perbidanan menjelang 1995. Dua dekad kemudian, lebih 152 buah negara telah mempunyai hospital Rakan Bayi.

e38fdffaceeb99ea27d93ed1bf4c94aa

Mereka telah melaksanakan 10 Langkah dan dengan penambahan beberapa bahagian berkenaan dari Kod Tataetika Pemasaran Gantian Susu Ibu Antarabangsa, telah membantu untuk menghalang promosi susu formula kepada pengamal penjagaan kesihatan dan orang awam.

Twin-Z-Breastfeeding

Setiap kemudahan yang menyediakan perkhidmatan perbidanan dan penjagaan bayi baru lahir perlu:

1. Mempunyai polisi penyusuan ibu secara bertulis yang disampaikan kepada semua kakitangan kesihatan secara berkala.
2. Melatih semua kakitangan kesihatan dalam kemahiran yang perlu untuk melaksanakan polisi ini.
3. Memberitahu semua ibu mengandung tentang kebaikan dan pengurusan penyusuan ibu.
4. Membantu ibu-ibu memulakan penyusuan ibu dalam masa setengah jam selepas kelahiran.
5. Menunjukkan ibu-ibu cara menyusukan dan mengekalkan penghasilan susu walaupun mereka terpaksa dipisahkan daripada anak-anak mereka.
6. Tidak memberikan bayi-bayi baru lahir makanan atau minuman selain susu ibu kecuali atas sebab-sebab perubatan.
7. Mengamalkan penyusuan di sisi ibu ("rooming-in") - membenarkan ibu dan anak bersama-sama selama 24 jam sehari.
8. Menggalakkan penyusuan ibu mengikut kehendak bayi.
9. Tidak memberikan puting tiruan atau puting kepada bayi-bayi yang menyusu susu ibu.
10. Menggalakkan penubuhan kumpulan sokongan penyusuan ibu dan merujuk ibu-ibu kepada mereka selepas keluar hospital atau klinik.


2f700c4d220cbead437d4b42dd3c0cb0

Kredit: Sumber

01 January 2015

KHASIAT PISANG, KELEBIHAN PISANG

 

Pisang penawar pelbagai penyakit


Pisang mengandungi 3 jenis gula semula jadi - sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Selain itu, pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan seharian.

banana_PNG838

Tekanan atau stres

Buah pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan seseorang berasa tenang, mengembalikan perasaan hati dan membuatkan rasa gembira.


Neutralkan paras glukosa

Vitamin B6 yang terkandung dalam pisang mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan perasaan hati.


Anemia

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.


Tekanan Darah Tinggi

Pisang mengandungi kadar potassium yang tinggi - garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.


Penghadaman

Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian yang membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.


Keletihan

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula.


Panas Jantung

Pisang mempunyai kesan anti-asid semula jadi dalam badan. Oleh itu, sekiranya menghadapi rasa panas pada jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.


Demam Pagi

Jadikan pisang sebagai makanan setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah bagi mengelakkan demam pagi.


Gigitan Nyamuk

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.


Saraf

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf.


Ulser

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut.


Seasonal Affective Disorder (SAD)

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semula jadi yang membaik pulih perasaan hati kita.


Penyakit Kulit:

Untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa ataupun plaster bedah.


AWAS: Walaupun pisang baik untuk kesihatan dan membantu merawat penyakit tertentu, ia tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%). - Buletin Pengguna

Kredit: sumber

31 December 2014

KHASIAT PERIA UNTUK KESIHATAN

Peria pahit tapi berkhasiat
Peria merupakan sejenis sayuran yang agak pahit rasanya. Kebanyakan orang tidak menggemarinya.

Namun ia mempunyai khasiat yang tinggi. Peria mempunyai pelbagai khasiat termasuk protein, lemak, mineral, serat, karbohidrat, vitamin dan kalsium.

Peria digunakan untuk merawat penyakit kencing manis. Caranya minum perahan daripada empat atau lima biji peria setiap pagi. Bijinya yg dihancurkan boleh dicampur ke dalam makanan. Selain itu, ia boleh dijadikan air rebusan atau serbuk.

Daunnya pula boleh merawat buasir. Caranya, campurkan perahan daun peria ke dalam segelas susu dan minum setiap pagi selama sebulan. Akar yang dihancurkan boleh disapu pada tempat buasir.

ammini-bittergourd1

Peria juga boleh mengatasi masalah darah kotor yang menyebabkan bisul, kudis buta dan rasa gatal. Yang perlu dilakukan, campur segelas perahan peria dan secamca teh perahan limau. Ia perlu diminum sedikit demi sedikit setiap hari selama empat hingga enam bulan.

Masalah ketagihan alkohol juga boleh diatasi dengan meminum air daun peria. Ia juga boleh mengatasi masalah hati disebabkan pengambilan alkohol berlebihan.

Walaupun kurang digemari, peria mempunyai nilai perubatannya sendiri. Ia mengandungi tonik bertindak sebagai julap dan mampu meningkatkan selera makan.

Untuk mengurangkan rasa pahit, rendam ia ke dalam air garam sebelum dimasak.


Khasiat makanan
* Buahnya yang belum masak dijadikan sebagai sayur yang digoreng, dibuat sup, dikukus, direbus, masak kari dan sebagainya.
* Buah, pucuk dan bunganya dijadikan sebagai perisa dalam masakan.
* Buahnya boleh dijadikan sebagai jeruk, dikeringkan dan ditinkan.
* Mengandungi khasiat makanan kerana mengandungi banyak mineral dan vitamin.
* Isi yang meliputi biji peria boleh dibuat manisan.


Khasiat ubat-ubatan
* Semua bahagiannya boleh dijadikan sebagai jus sebagai ubat luaran untuk penyakit kulit, serta dimakan bagi mengubati penyakit artritis, demam panas, masalah hati, reumatisme, asma, membunuh cacing dalam perut dan urus serta masalah kaum wanita.
* Sebahagian bahagian tumbuhan boleh membantu melawaskan buang air besar.
* Buahnya dimakan atau direbus sebagai ubat harba antimikrob, antitumor, membunuh cacing dalam perut dan usus, cirit-birit, mengecutkan otot, minuman tonik, tonik perut, ubat kencing manis, merawat kulit terbakat, luka-luka, sampu dan sakit perut.
* Buah yang dimasak sebagai lauk boleh mengubati batuk, bengkak sistem penafasan dan banyak kahak.
* Jus buah hijaunya diminum bagi mengubati cirit-birit dan bengkak usus besar.

Kredit: Sumber

30 December 2014

10 ASAS KEKAL SIHAT

 

10 asas kekal sihat
Pernahkah anda terfikir untuk mengakhiri usia sehingga lebih 100 tahun? Pastinya ramai yang berfikir sebentar dan barangkali takut untuk menghadapinya kerana berasakan kehidupan saat itu yang penuh dengan cabaran.


Tidak mustahil ramai juga yang bimbang untuk melalui usia lanjut kerana beranggapan mereka akan menghadapi masalah kesihatan dan kesunyian kerana tiada orang tersayang di sisi.


Namun mungkin kita tidak menyangka, jika mempunyai fikiran positif dan sentiasa memasang impian untuk melakukan aktiviti digemari ketika memasuki usia emas, ia akan membuatkan persepsi negatif berkenaan beransur hilang.

Statistik terkini melaporkan menjelang 2030, Malaysia akan menjadi sebuah negara yang memiliki hanya 15 peratus warga emas dan ia menunjukkan tahap kesihatan serta kesejahteraan yang tidak memuaskan dalam kalangan masyarakat negara ini.


Ini kerana bilangan penyakit degenatif kronik, tahap tekanan meningkat dan tabiat gaya hidup yang tidak sihat menjadi faktor begitu membimbangkan kini.

Kesihatan Penuaan

Bagi memahami kehidupan yang harmoni selepas memasuki usia emas, Perunding Geriatrik dan Presiden Persatuan Kesejahteraan Malaysia, Dr Rajbans Singh, berkongsi 10 perkara mengenai kesihatan untuk membantu masyarakat memahami bahawa penuaan bukan satu penyakit pada sesi ceramah bertajuk Mitos Penuaan di Pusat Perubatan Tropicana anjuran badan bebas antarabangsa berpangkalan di Kanada, Friends to Mankind.


Ia bertujuan menyedarkan masyarakat mengenai asas penjagaan tubuh badan yang betul dalam keghairahan mengekalkan kesihatan dan kecergasan apabila individu itu memasuki zon usia emas.


1. Perkara pertama yang perlu diberi perhatian ialah impian, matlamat serta tujuan dalam kehidupan. Menurut kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), mental dan sikap positif sangat penting dalam semua peringkat usia.

"Ini kerana ramai orang mempunyai pemikiran apabila memasuki usia 100 tahun ke atas mereka akan mengalami tekanan, penglihatan kabur dan masalah pendengaran.

"Sebaiknya, pemikiran sebegitu harus diubah dan jangan sesekali berasa diri tua walaupun baru memasuki usia 50 tahun.

"Sebaiknya, tukar persepsi berkenaan kepada alasan yang positif setiap kali bangkit daripada tidur di awal pagi mengenai tujuan anda mahu hidup lebih lama," kata Dr Rajbans.


2. Selain mempunyai matlamat, setiap individu yang mahu mengekalkan kesihatan dalam usia emas juga perlu bijak merangsang minda mereka ke arah pemikiran positif.

Ini kerana otak ialah otot yang memerlukan pemikiran berterusan bagi mengekalkan kesihatannya. Strategi mengingat boleh dicuba bagi menggalakkan otak bekerja dengan lebih berkesan dan mengurangkan masalah hilang ingatan apabila usia meningkat.

Selain itu, cabar diri dengan melakukan aktiviti digemari seperti hobi, pendidikan dewasa dan membuat kerja sosial secara sukarela bagi mengaktifkan tubuh badan.


3. Pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi secara optimum juga diperlukan bagi mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan tubuh badan.

"Masalah kesihatan seperti obesiti, penyakit jantung dan kanser menjadi isu utama yang biasa menyerang kerana berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat.

"Untuk mengelakkan penyakit berkenaan menyerang, kembalilah kepada alam semula jadi dengan mengamalkan pengambilan sayuran dan buah-buahan berwarna serta segar yang diperlukan oleh tubuh badan," katanya.

Prihatin dengan diet harian masyarakat hari ini, menurutnya, kawasan sepanjang laut Mediterranean terutama Yunani dan selatan Itali mempunyai kadar jangka hayat penduduk yang tinggi dan rendah penyakit kronik berdasarkan diet yang diamalkan.

Mereka gemar mengamalkan pemakanan yang mengandungi bijirin, buah-buahan, kekacang, minyak zaitun, omega-3 daripada sumber ikan dan hanya menikmati daging merah secara bersederhana.

Penduduk di Pulau Okinawa, Jepun pula boleh dijadikan contoh terbaik apabila menyentuh aspek jangka hayat yang panjang. Penduduknya menunjukkan kadar kematian terendah di dunia kerana penyakit kronik penuaan yang rendah.

Di situ juga lebih ramai penduduknya yang hidup 100 tahun dengan nisbah 100,000 populasi berbanding negara lain di dunia dan dilaporkan mempunyai kadar terendah kematian berpunca daripada kanser, penyakit jantung dan strok.
Ini kerana mereka mengamalkan diet sihat iaitu mengambil pemakanan yang mengandungi kalori rendah, banyakkan sayuran serta buah-buahan, serat dan flavanoid yang tinggi.


4. Senaman diperlukan bagi mengelakkan risiko serangan sakit jantung dengan memperbaiki peredaran darah dan tahap kolesterol serta mengekalkan berat badan yang seimbang.

Menerusi senaman yang dijadikan sebagai rutin harian, ia juga membantu mencegah dan menguruskan tekanan darah tinggi, mengelakkan tulang rapuh serta meningkatkan tenaga yang diperlukan apabila usia semakin meningkat.

Bukan itu saja, senaman yang dilakukan setiap hari membantu mengurus tekanan dengan baik selain memperbaiki kualiti tidur.

Senaman yang dilakukan bersama keluarga dan rakan boleh dijadikan sebagai waktu riadah yang bukan saja dapat mengekalkan kesihatan malah menjadikan hubungan bertambah erat.


5. Cuba untuk kekalkan kelangsingan badan. Obesiti ialah penyebab kedua kematian yang boleh dicegah. Obesiti yang tidak dikawal akan mewujudkan pelbagai risiko penyakit seperti tekanan darah tinggi, kardiovaskular gout dan kanser.

Selain itu, ia juga penyebab kepada risiko masalah peningkatan insiden vena varikos, asma dan buasir khususnya kepada wanita.


6. Menguruskan tekanan dengan baik kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan apabila tidak mampu dikawal. Antara masalah yang biasa dihadapi apabila berada dalam keadaan tertekan:

* Gigi berlaga terutama ketika tidur
* Insomnia, tidur terganggu dan mengalami mimpi buruk
* Kesakitan di bahagian bahu, leher dan belakang badan
* Keletihan yang kronik
* Kerosakan dan kekeringan kulit
* Tumpuan menjadi lemah
* Penyelarasan fizikal yang lemah
* Masalah percakapan
* Migrain dan sakit kepala
* Berasa bimbang
* Nadi berdenyut terlalu pantas atau tidak sekata

Selain itu, tekanan perasaan yang tidak mampu diatasi juga boleh menyebabkan risiko menghidap darah tinggi dan serangan jantung.


7. Tidur yang berkualiti iaitu selama tujuh atau lapan jam satu keperluan untuk meneruskan cabaran dalam kehidupan dan membantu menggalakkan fungsi sistem saraf dengan betul.

Ia juga dapat menyegarkan saraf otak dan menggalakkannya berfungsi dengan baik. Justeru, pastikan anda mendapatkan kualiti tidur yang baik setiap hari untuk mengekalkan kesihatan mental dan fizikal.


8. Radikal bebas berpunca daripada sinaran ultraungu, pencemaran, kimia, racun, rokok, alkohol, lemak dan gula. Penyelidik menganggarkan 80 hingga 90 peratus daripada semua penyakit degeneratif termasuk penuaan disebabkan pelbagai aktiviti yang boleh menyebabkan penyakit:

* Alzheimer
* AIDS
* Artritis
* Kanser
* Katarak dan masalah penglihatan lain
* Keradangan
* Kemerosotan kolagen yang menyebabkan penuaan dan garis kedutan
* Gangguan buah pinggang dan hati
* Parkinson
* Sindrom pernafasan
* Nyanyuk
* Strok
* Kecelaruan vaskular iaitu angina, penyakit jantung, buasir, vena varikos dan lebam.

Antioksidan iaitu vitamin A, C, E dan selenium melindungi sel dengan meneutralkan radikal bebas dan mempunyai kelebihan untuk membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit berbahaya.

Kajian yang dilakukan oleh Harvard menunjukkan pengambilan vitamin E membantu mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 41 peratus.


9. Sistem imun ialah mekanisme pertahanan badan secara senyap tetapi mempunyai kekuatan terhadap jangkitan seperti virus, bakteria atau kulat.

Sistem imun akan musnah apabila kita mengalami masalah rehat yang tidak mencukupi, tekanan, kolesterol tinggi, gula berlebihan, gemar mengambil makanan ringan, alkohol dan asap tembakau.

Selain itu, ia juga boleh dilemahkan apabila seseorang itu mengalami kemurungan, kekurangan hormon selain berpunca daripada radikal bebas.

Untuk membantu mengembalikan sistem imun, terapi mengimbangkan hormon boleh dilakukan tetapi harus mendapat pemantauan daripada doktor pakar bagi melambatkan tanda penuaan.


Nutrisi dan gaya pemakanan
Perunding dalam bidang kesihatan dan juga bekas doktor gigi, Dr Rico Ricketts, yang berkunjung ke sini sejak Disember lalu turut mendapati kebanyakan orang dapat hidup dalam masa terlalu pendek tetapi menghadapi mati yang panjang.

"Kita seharusnya membebaskan diri daripada mitos biasa manakala kepercayaan mengenai penuaan harus ditinggalkan untuk memperkasakan diri serta mengharungi usia emas dalam keadaan kesihatan yang baik.

"Kegembiraan dan keseronokan dalaman akan diterjemahkan pada luaran mereka untuk tampil anggun dan berseri sepanjang masa," katanya yang masih kelihatan sihat walaupun sudah berusia 70 tahun.

Jelasnya, salah satu mitos yang sering menghantui kebanyakan orang ialah mengenai proses penuaan yang akan bermula apabila memasuki usia sekitar 50 atau 60 tahun.

Hakikatnya, proses penuaan bergantung sejak kita belum dilahirkan lagi menerusi pemakanan ibu yang baik, tenaga dan kecenderungan keadaan biologi mereka.

Individu itu seharusnya membuat pilihan yang tepat dan memulakan hidup lebih baik seawal lingkungan usia 20-an hingga 40-an dan bukan pada usia 50-an baru hendak mencari jalan mengekalkan kesihatan yang baik.

Mempelajari homeopati, akupuntur dan ayurvedik di samping nutrisi sepanjang 20 tahun, Dr Ricketts turut memerhati tabiat rakyat Malaysia dan bimbang apabila menyentuh aspek kesihatan penduduk di negara ini.

Melalui pemerhatiannya, 75 peratus rakyat Malaysia tidak melakukan senaman serta kerap makan dan minum.

Selain itu, budaya gemar mengambil makanan manis seperti gula dan susu pekat dalam manisan juga boleh mengundang keburukan kepada kesihatan dalam jangka panjang seperti berisiko mendapat kencing manis dan serangan jantung.

"Saya turut melihat budaya pengambilan makanan di beberapa tempat dinamakan `Zon Biru' iaitu Pulau Sardinia, Itali; Pulau Ikaria, Greece; Pulau Okinawa, Jepun dan Loma Linda, California.

"Di sana ramai orang mampu hidup sihat walaupun mereka berusia 90 tahun kerana amalan pengambilan makanan berkhasiat selain budaya makan untuk hidup dan bukan hidup untuk makan.

"Malah, di kawasan berkenaan juga tidak memiliki tempat untuk mereka berpeluang menikmati makanan segera yang membuatkan kesihatan masyarakat di sana lebih terjaga," katanya.


Oleh Hajahfarhana Tarmudi

Sambung Baca: sumber

29 December 2014

Amalan minum air baik untuk kesihatan


Kalau ditanya kepada selebriti bagaimana mengekalkan kecantikan kulit pasti jawapan `klise' yang sering diberikan adalah minum satu liter air sehari.

young woman with glass of mineral water
Ternyata air dalam dunia kecantikan memberi sumbangan terlalu besar bagi menjaga aura pesona seorang wanita. Ia bukan sekadar penghilang dahaga, malah peranannya terhadap tubuh begitu penting termasuklah dalam soal kecantikan.

6b9fce25e432b3ff69a78399fc45cc4a
Malah ada wanita percaya dengan meminum setiap hari mampu membantu mendapatkan kulit yang cantik dan segar. Salah satu manfaat air ialah untuk menjaga sistem metabolisme tubuh manusia. Jika tidak cukup air, kulit akan cepat melalui proses penuaan disebabkan kekeringan dan kurang kelembapan.
Sebenarnya banyak manfaat air yang tidak diketahui antaranya:


* Menyingkirkan toksin
Makanan, persekitaran dan solekan boleh menyebabkan badan mengumpul toksin. Cara termudah untuk mengeluarkan toksin adalah dengan minum banyak air. Ini kerana toksin akan mudah dikeluarkan melalui perpeluhan dan perkumuhan.

1263165_orig
* Membantu fungsi ginjal
Buah pinggang bekerja sepanjang hari untuk menapis cecair dalam badan.
Bayangkan apabila kita minum kopi berwarna hitam, perhatikan ketika membuang air kecil, cecair yang dikeluarkan bukan berwarna hitam sebaliknya lebih jernih daripada itu. Ini menunjukkan buah pinggang berperanan membersih dan menapis air yang diminum tadi. Minum banyak air membantu meringankan tugas buah pinggang. Tanpa air buah pinggang perlu bekerja lebih keras dan lama kelamaan ia mudah rosak.

drinkwater2-jpg_123045
* Melembutkan kulit
Minum banyak air kosong membantu melembutkan kulit. Air ibarat losen pada tubuh bagi menjadikan kulit lebih lembut dan mulus. Orang yang kurang minum air mudah mendapat masalah kekeringan kulit sehingga akhirnya kulit kelihatan tua sebelum waktunya.

Dry_Skin_on_the_Face
* Air untuk kecerdasan dan awet muda
Tubuh kita memerlukan banyak air untuk melancarkan fungsi organ penting. Tanpa air mencukupi tubuh mengalami kekurangan oksigen yang akan menyebabkan individu cepat letih dan mengantuk.
Minum air secukupnya untuk mencergaskan tubuh sekali gus otak. Otak yang cerdas menjadikan kita lebih sihat dan awet muda.
article-2424117-1BE26AC1000005DC-142_634x380


* Kecantikan mata

Membasuh mata dengan air sejuk adalah cara terbaik menjaganya agar tetap menarik dan segar selain mencegah terjadinya iritasi.

dark-circles-women
* Mandi membersihkan kulit
Mandi dan mencuci muka dengan air adalah cara terbaik untuk menjaga kulit agar tetap bersih dan segar. Air akan membantu menghilangkan kotoran dan bahan kimia yang dapat merosakkan kulit.
woman-overhead-shower

* Bibir cantik dengan air
Minum air yang cukup dapat menjaga bibir supaya tampak lembut dan cantik. Masalah bibir pecah juga akan hilang.
healthy-lips

* Kekal langsing
Air boleh membuatkan tubuh kekal langsing. Ini kerana air membantu mengawal makanan ke tubuh dan melancarkan pencernaan. Air adalah minuman rendah kalori namun memiliki manfaat yang besar.

weightloss-4
* Segar selepas mandi
Mandi secara teratur mengelak daripada jangkitan pelbagai penyakit kulit. Selain membersihkan tubuh daripada kotoran, mandi akan membuat anda kembali segar.

o-HOT-SHOWER-facebook
* Elak bau badan
Air membantu menjaga suhu tubuh kembali normal. Malah bagi mereka yang mempunyai masalah bau badan jika minum air yang banyak akan mencairkan keringat dan mencegah bau badan.


Sumber

27 December 2014

Lecithin Shaklee

lecithin shaklee
  • memecahkan lemak
  • mengurangkan kolestrol
  • sumber utama kolina yang terlibat dalam penghantaran mesej ke otak dan sistem saraf
  • membantu mengelakkan sembelit
Perbezaan Lecithin Shaklee
Diekstrak dari kacang soya organik bukan-GMO, setiap kapsul mengandungi 520mg lecithin soya termasuk 80mg kolin dan 48g inositol. Lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan aceytyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
Manfaat Utama Lecithin Shaklee
  • menyerap vitamin yang larut lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak
  • melindungi hati - menghalang enapan lemak dihati, sirosis hati dan hati berlemak. Juga membantu memulihkan kesihatan hati.
  • Pemecahan lemak dan kolestrol - Lecithin bertindak sebagai "pembersih" salur darah, pengambilan tambahan membantu mengemulsi (memecahkan lemak) dan metabolisme lemak, kolestrol dan trigliserid di dalam tubuh
  • Pelansingan - menghalang obesiti. Pengambilan dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelansingan yang seimbang
  • Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membran sel, melembabkan dan menghaluskan kulit untuk kulit yang cantik, mengaktifkan metabolisme sel dan melambatkan penuaan
  • Menghalang kejadian batu karang - 90% daripada batu karang terjadi dari kolestrol, lecithin mengemulsi kolestrol berlebihan untuk menyekat kejadian batu karang
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang alzheimer dan meringankan stress. Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembesaran sihat janin
  • Menghalang tekanan darah tinggi - Memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosklerosis, menggalakkan peredaran darah
  • Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan kuantiti lecithin yang banyak
  • Meringankan sembelit - lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, iainya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus

Gandingan terbaik lecithin Shaklee
  • Lecithin + Herblax
  • Lecithin + B complex
  • Lecithin + ESP
  • Lecithin + Alfalfa
  • Lecithin + Herblax + Alfalfa
Saya adalah pengedar sah Shaklee .. Saya membuat penghantaran produk ke seluruh Malaysia. Anda boleh menghubungi saya untuk konsultasi apabila membuat belian dari saya.
LOGO SHAKLEE NEW
Nazira Bonjamin
014-9514350
bb.amethyst@gmail.com
http://natchsupplements.blogspot.com/




Air Penting Untuk Menurunkan Berat Badan

Air dianggap sebagai cara semulajadi untuk menyembuhkan dan mencegah pelbagai penyakit. Air adalah salah satu syarat utama untuk hidup. Kekurangan air akan menyebabkan dehidrasi ataupun penyahhidratan. Dehidrasi boleh membawa kepada komplikasi seperti sawan, koma, kegagalan buah pinggang dan juga kematian.

Dengan meminum air mencukupi setiap hari dapat membantu melancarkan sistem pembuangan tubuh badan kita dan ia begitu penting agar kita sihat secara fizikal dan mental.


Air yang cukup dalam badan dapat memastikan kulit dan wajah yang cantik berseri, dan juga penurunan berat badan yang efektif. Pengambilan air yang mencukupi juga akan mempertahankan fungsi hati kita - yang merupakan organ penting dalam sistem tubuh badan.

 

Air Penting Untuk Menurunkan Berat Badan Secara Efektif ?

Selain daripada membersihkan dalaman tubuh, meminum air sebelum makan dapat mengurangkan keinginan kita untuk terlebih makan. Air juga tidak mengandungi kalori, jadi ianya begitu bermanfaat kepada kita dalam konteks menurunkan berat badan tanpa kesan sampingan negatif.
Secara umumnya, adalah disarankan sebaik-baiknya untuk meminum sekitar 9 -10 gelas air setiap hari (tidak kiralah air putih, jus buah atau teh herbal). Proses metabolisma dan pembakaran kalori memerlukan air yang mencukupi untuk berfungsi secara efektif. Air juga amat penting  untuk menjaga otot dan membantu mencerna makanan yang kaya serat, dan penting untuk tubuh langsing dan sihat.
Konsep utama penurunan berat badan dengan air adalah :

Air dapat membantu melancarkan mekanisma badan supaya efektif dalam pembersihan dan pembuangan lemak dan cairan kotoron melalui pembuangan air kencing dan air besar.

Jadi, adalah penting sekali supaya badan kita sentiasa mendapat air yang mencukupi.

functions-of-water-in-the-body

 

Bagaimana kita boleh memastikan badan kita cukup hidrat

 

    Drink more water[1]

  • Minum Air yang Cukup Setiap Hari
    Biasakan diri untuk meminum air setiap hari terutama sebelum makan. Minum 2 gelas air sebelum makan akan membantu mengurangkan nafsu makan.

    Best-Fruit-Juices-to-Lose-Weight-Quickly2

  • Minum Jus Buah atau Teh Herba
    Jus buah mengandungi banyak vitamin dan mineral yang penting dalam menjadi sihat dan cergas. Meminum jus buah juga efektif dalam menambah kadar air dalam badan dan membantu dalam penurunan berat badan. Secara alternatif, anda juga boleh memilih teh herba yang berkalori rendah.

honey lemon[1]

  • Jus Lemon Madu

Ambil air jus lemon madu (suam) setiap pagi sebelum sarapan dapat membantu dalam penurunan berat badan. Ini tips dari seorang kawan Indonesia saya. :-) Ataupun jika anda tidak suka air lemon madu ini, boleh je mengambil air suam-suam panas selepas bangkit dari tidur. 

Jangan lupa hubungi saya utk dapatkan produk2 Shaklee yg terhangat di pasaran untuk anda dan keluarga yg tercinta..