Setiap kali bayi menangis, menjadi persoalan kepada
seorang yang bergelar ibu terutama bagi mereka yang
baru sahaja bergelar 'new mommy'. Mereka merasakan
bayi mereka lapar dan dibenak fikiran seorang ibu itu
tertanya apakah sebenarnya yang dimahukan oleh bayi
mereka.
Tangisan seorang bayi sering disalah anggap sebagai
lapar oleh setengah ibu. Sedangkan sebenarnya bayi
menangis hanya mahukan pelukan, belaian atau berasa
kurang selesa etc.
Keadaan bertambah mencabar apabila banyak suara di
sekeliling ibu yang menambahkan rasa gusar dihati itu.
Perasaan ini boleh menjadi penyebab ibu hilang
keyakinan tentang kemampuannya untuk menyusukan
bayi.
Benarkah bayi anda lapar???
sedangkan baru sahaja 5minit anda menyusukan bayi
anda..
==============================
===============
Apa terjadi jika bayi minum susu terlalu banyak
daripada kuantiti susu yang bersesuaian dengan
umurnya?
--> Bayi akan muntah susu
--> Bayi berasa perutnya tidak selesa
--> Bayi terbiasa minum susu dengan banyak
==============================
================
Jika ibu risau tidak cukup susu (sedangkan tidak),
apa boleh terjadi?
1. Ibu mungkin risau dan boleh stres
2. Ibu mungkin akan memberi susu lain selain daripada
susu ibu
3. Bayi akan terlalu kenyang dan kurang meminum
susu ibu
4. Bayi kurang mendapat khasiat susu ibu kerana
telah dikenyangkan dengan susu buatan
5. Susu ibu yang tidak dirangsang kerana kurang
'demand' ini, membuatkan 'supply' berkurangan
6. Lama-kelamaan ibu boleh mengalami masalah
kurang susu
==============================
===================
Dengan mengetahui saiz perut bayi baru lahir dan
anggaran kuantiti susu ibu yang diperlukan
InshaAllah...
Ibu yakin badan ibu menghasilkan susu yang
mencukupi untuk bayi kerana bayi cuma minum sedikit
sahaja pada permulaan hidupnya.
Ibu boleh menapis kata-kata orang lain yang
menyarankan ibu untuk menambah susu lain selain
daripada susu ibu.
Kemungkinan untuk ibu menjayakan misi penyusuan
susu ibu secara eksklusif akan meningkat.
p/s: Semoga anda dipermudahkan untuk menyusukan
bayi anda dan diberi kejayaan. teruskan usaha anda
memberikan penyusuan susu ibu secara ekslusif.
Wakil Shaklee anda di Kota Belud dan sekitarnya. Dapatkan set kesihatan Shaklee anda sekarang!
21 December 2014
Saiz Perut Bayi Baru Lahir dan Kuantiti Susu Yang Diperlukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sedikit feedback ya.. Terima kasih..