Seronok sebenarnya mempelajari bidang kesihatan dan pemakanan ini. Pada saya, ilmu yang diperolehi sangat bermanfaat untuk diaplikasi dalam setiap aspek kehidupan kita sehari-hari. Tidak ada yang terkecuali.
Pagi ini saya membaca satu artikel yang ditulis oleh teman saya, Mommy Lyna, tentang kaitan kekurangan vitamin kepada emosi dan mental kita. Nah! Betapa pentingnya tubuh kita consume vitamin yang cukup bukan sahaja untuk kesihatan fizikal, malahan mental juga (yang membawa kepada emosi yang stabil).
Berdasarkan artikel tersebut, terdapat 4 jenis vitamin/ mineral penting yang diperlukan oleh tubuh kita demi melestarikan mental dan emosi yang sihat. Saya ringkaskan dalam jadual di bawah.
Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh - B Complex
Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi - vitamin yang paling banyak dikaitkan dengan masalah mental dan otak
Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh - Vitamin B1
Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi - kurang kosentrasi dan daya tumpuan
Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh - Vitamin B3
Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi - tekanan perasaan
Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh - Vitamin B5
Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi - kurang daya ingatan, stress
Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh - Vitamin B6
Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi - mudah terasa hati, kurang daya ingatan, tekanan perasaan, stress
Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh -Vitamin B12
Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi - kurang daya ingatan, keliru
Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh - Asid Folik
Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi - tekanan perasaan, gemuruh
Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh - Vitamin C
Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi - (bukan untuk kulit sahaja)Kekurangannya menyebabkan seseorang menjadi tertekan
Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh -Magnesium
Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi - Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami tekanan perasaan, sukar tidur
Vitamin/ Mineral Yang Diperlukan Tubuh - Zinc
Kesan Kekurangan Kepada Mental/ Emosi - Kekurangannya menyebabkan seseorang mengalami kekeliruan, ‘blank’, tertekan, kurang motivasi, hilang selera makan, kurang kosentrasi.
credit to http://vitaminsemulajadi.com/ dan http://diarivitamin.com/
Oleh itu, pastikan tubuh anda mempunyai bekalan vitamin/ mineral di atas secukupnya supaya mudah anda menjalankan aktiviti seharian anda. Gangguan mental/ emosi acapkali menyukarkan kita membuat keputusan, jadi kurang bermotivasi, tidak bersemangat apatah lagi mahu menjadi insan yang cemerlang.
Jika anda merasakan tidak mampu menyediakan keperluan vitamin/mineral di atas daripada diet harian anda, pengambilan makanan tambahan amat digalakkan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan sedikit feedback ya.. Terima kasih..